wajib klik

14 January 2011

BIMBINGAN RASULULLAH MERAWAT MIGRAIN / PENING KEPALA

Sebagaimana yang telah kita pelajari,migraine adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya.Mungkin ramai di antara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu study.Sehingga kini,migraine tidak mempunyai ubat. Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer sahaja,untuk megurangkan sakit,bukannya menyembuhkan. Abu Nu aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi : Migrain/pening kepala pernah dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain . Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya,Baginda berkata : aduh kepalaku .Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit. Membalut bahagian kepala boleh mengatasi migraine dan sakit kepala lainnya.Rawatan terhadap penyakit ini berbeza-beza bergantung kepada jenisnya.Ada kalanya,migraine boleh disembuhkan dengan muntah,makan,rehat atau mengikat kepala.Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine.Malah ada yang mengatakan kita perlu bercakap dan melakukan aktiviti untuk menghilangkan sakit kepala.   Jika seseorang sakit kepala kerana panas terik mentari,penyembuhannya dengan inai adalah sangat mujarab.Caranya ialah inai itu ditumbuk dengan halus dan dicampur dengan cuka untuk dibalurkan dan dibalut di kepala,sakit kepala akan terus berkurangan.Inai mengandungi tenaga yang boleh menagatasi pening.Jika dibalur dan diikat di kepala,pasti boleh menghilangkan rasa sakitnya.Bahkan ia tidak hanya berlaku untuk penyakit kepala sahaja,juga boleh untuk membalut bahagian tubuh yang bengkak dan
radang,boleh meredakannya. Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Tarikhnya dan oleh Abu Daud dalam As-Sunan bahawa Rasulullah s.a.w setiap kali ada orang yang datang menemui Baginda menceritakan sakit di kepalanya,pasti Baginda s.a.w bersabda : berbekamlah .Dan setiap kali orang menceritakan sakit di kakinya kepada Baginda,Baginda berkata :  Gunakan inai untuk membalurnya   Inai mempunyai sifat sejuk sekali,namun juga kering.Kekuatan pada pokok dan dahan ini meupakan gabungan dari kekuatan yang dicerat dari semacam unsure air yang panas dan stabil,dengan tenaga pengikat yang berpunca dari unsure tanah yang sejuk pula. Di antara khasiatnya misalnya untuk mengubat luka terbakar.Inai juga mengandungi tenaga yang sesuai dengan saraf jika digunakan sebagai pembalut.Bahkan jika dikunyah amat sesuai untuk merawat sariawan dan bibir-bibir pecah,juga boleh merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Jika dibalurkan,amat sesuai untuk merawat bengkak dan radang.Juga boleh untuk mengeluarkan mata bisul. Jika serbuknya dicampur dengan lilin bening dan minyak mawar,boleh digunakan untuk sakit pinggang. Dia antara khasiat lainnya iaitu pada anak kecil yang mula diserang cacar air,kemudian bahagian kakinya dibalut dengn inai,maka bahagian matanya akan selamat dari serangan cacar.Ini memang benar dan sudah terbukti mujarab,tidak diragukan lagi. Jika serbuknya dibubuhkan di kain wol,boleh menyegarkannya dan mencegahnya dari ulat.Jika daunnya sahaja jatuh ke dalam air,boleh mengubah rasa air itu menjadi nikmat hingga ke dasarnya.Boleh diperah dan diminum airnya hingga 40 hari,setiap harinya boleh diminum 20 sudu ditambah dengan 10 sudu gula.Juga boleh merawat gejala penyakit kusta secara ajaib sekali. Dikisahkan bahawa seorang lelaki yang kuku-kuku tangannya pecah-pecah.Ia bersedia memberi banyak wang kepada sesiapa yang boleh menyembuhkannya,namun tidak juga diketemui orang yang dikehendakinya.Suatu ketika ada seorang wnita memberi ramuan kepadanya untuk meminum air inai selama 10 hari,tetapi ia masih ragu.Akhirnya ia cuba memeras dan meminum airnya.Ternyata ia sembuh.Kuku-kuku tangannya menjadi elok semula. Jika inai itu dijadikan krim untuk membalur jari-jari tangan,akan berfungsi memperindah dan mengilatkannya. Jika diadun dengan minyak samin,dan dibalurkan ke sisa peradanagn yang sudah mengeluarkan cairan kuning,juga bermanfaat.Juga boleh menyembuhkan kudis yang sudah lama,secara ajiab sekali.Boleh berfungsi menumbuhkan rambut,menguatkan dan memperindahnya.Juga boleh menguatkan kepala.Boleh melindungi dari bintikbintik dan jerawat yang tumbuh di betis,kaki dan seluruh tubuh. Selamat mencuba.


No comments: